Tuesday, 14 February 2012


cinta???????
pnuh dengan tanda tanya????
susah nk percaya cinta n mencri cinta yg abadi....
cinta yang abadi biarlah diabadikan kepada allah, rasul, ibu bapa dan keluarga..
cinta pada manusia hanyalah sementara...
biarlah cinta sejati hanya kepada lelaki yg bergelar suami..
kerana cinta kepada suami adalah cinta yang halal...
tetapi cinta kepada lelaki yang bukan muhrim hanyalah bersifat sementara...
cinta itu haram?????
sering menjadi tanda tanya......
cinta yang di serta dengan nafsu adalah haram...
kebanyakan cinta manusia sering disulam dengan nafsu...
oleh yang demikian kerana itulah cinta dikatakan haram....

(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)
"sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid."

(riwayat lain pula maksudnya)
"sesiapa yang jatuh cinta,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid"


LELAKI YANG BAIK

Lelaki ini, sebenarnya apa mahunya? Lelaki jugalah yang mengatakan perempuan itu seperti mawar, dan kata mereka, "Untung duri ini menumbuhkan mawar." Namun pada ketika lainnya, mereka juga yang berkata, "Rugi sekali mawar ini mempunyai duri."






Lalu apa mahumu, wahai lelaki? Saya ini benarlah perempuan yang tidak tahu berfesyen, tidak tahu jenama make up apa yang sesuai untuk saya, dan tidak tahu serba-serbi, namun saya tetap juga seorang perempuan yang punyai hati bagi memberi cinta, tetap juga punyai hati bagi menerima cinta.



Namun lelaki ini pandai betul. Pada saat saya berkata begitu, ini pula jawabnya, "Cinta Tuhan itu juga yang dipinjamkan kepada hati kamu. Jadi, elok sangatlah sekiranya kamu dahulukan cinta Tuhan dan pasti kamu tidak akan kecewa. Malah cinta manusia juga yang akan menyusul. Ataupun mungkin sahaja, kamu boleh menjadi seperti Rabiatul Adawiyah."



Lalu diam sahajalah saya kerana, kata-kata lelaki itu adalah 'noktah' hati. Tidak ada salahnya pada kata-kata itu tetapi, untuk perempuan yang lemah seperti saya ini, bagi mencapai cinta Tuhan, perlukan bantuan, dan pastinya bantuan itu datangnya daripada seorang lelaki bernama suami. Tuhan tahu sekuat mana hamba-Nya, dan bantuan Dia tiba dalam bentuk cinta seorang lelaki.



Sekiranya tidak 'bantuan' yang Tuhan hantar itu, jadi bagaimana saya seorang perempuan yang lemah mampu memperoleh rahmat dan reda yang lebih daripada Allah? Lelaki juga tahu, perempuan yang taat kepada suami itu adalah perempuan yang menerima reda yang besar daripada Tuhan sehingga boleh masuk dari mana-mana pintu syurga yang perempuan itu mahu.



Jadi, mudahnya, saya ini tahu diri, saya adalah perempuan yang tidak kuat tetapi punya cita-cita besar bagi meraih cinta Ilahi. Lalu, para lelaki, bantulah saya ke arah itu. Namun, seperti kata saya tadi lelaki ini apa mahunya? Maksud saya, lelaki baik-baik ini, apa mahu kamu? Untuk lelaki-lelaki celaka di luar sana, tidak perlu tersenyum-senyum memberitahu mahumu. Jangan sampai ludahku, hinggap di wajah penuh nafsumu.



Soalan saya itu yang saya pendam-pendam dalam hati, sehinggalah pada suatu hari, saya mengerti juga, namun dalam bentuk yang membuat saya semakin bingung.



Ibu cantik
Begini sahajalah, biar saya ceritakan siapa saya, dalam satu ayat. Saya adalah perempuan yang berharap reda Allah, namun dalam masa yang sama saya adalah perempuan yang lemah. Itulah saya, dan lemahnya saya itu, adalah kerana tanpa sedar sering juga terpaut hati kepada lelaki baik itu dan lelaki baik ini dengan harap mereka menjadi suami saya.



Memanglah saya tidak melulu pergi kepada lelaki itu dan berkata "Kahwini aku", tetapi tetap juga saya berasa berdosa kerana mempunyai rasa seperti itu. Rasanya seperti, murah benarlah hati saya ini. Namun itulah yang saya beritahu tadi, saya lemah untuk urusan yang satu itu. Mujur juga saya masih kuat bagi menahan diri bagi tidak terlihat seperti perempuan yang murah.
Sehinggalah pada suatu hari, saya perempuan yang lemah ini sempat berbicara dengan seorang ibu yang sudah punyai lima anak, tetapi wajahnya tetap segar, muda dan saya takjub sekali dengan dia. Bayangkan sahaja, sudah punyai lima anak tetapi tetap disangka anak dara yang baru mekar. Luar biasa sekali.



Seperkara yang saya tahu, ibu itu keturunan yang memang sedia cantik dan awet muda, namun seperkara lagi, saya baru tahu pada hari itu dan melalui ibu itulah, saya semakin rungsing dengan cerita lelaki-lelaki baik ini.



Lelaki baik



Petang baru masuk bersama awan-awan yang berbentuk kasut mary jane. (Bentuk kasut yang saya baru belajar secara tidak sengaja dua hari lepas). Saya pula pada ketika itu dengan wajah yang baru dikesat minyaknya sedang duduk semeja dengan seorang ibu beranak lima yang cantik.



Memang sudah tugas saya, sebagai editor buku bagi bertemu dengan manusia-manusia yang mahu menulis, dan pada petang itu, saya bertemu ibu yang mahu menulis. Menurutnya, dia mahu menulis berkenaan mendidik anak gaya Saiditina Fatimah, dan untuk saya, itu sangat bagus bagi pasaran buku.



Lalu cepat-cepatlah saya bertemu janji dengan dia, dan mulanya, terus-terang sahajalah di sini, saya menyangka akan bertemu perempuan yang berwajah keibuan, menyejukkan mata, dan membuat saya berasa menjadi anak kepada dia.
Sangkaan saya itu benar pada perempuan yang berwajah keibuan, menyejukkan mata tetapi dia tidak membuatkan saya berasa menjadi anak kepada dia. Malah, saya berasa dia seperti rakan sebaya walaupun anaknya sudah lima. Semuanya gara-gara wajahnya yang segar itu.



Mulanya hajat mahu berbincang berkenaan buku yang dia mahu tulis, tetapi kerana kagumnya saya kepada dia, saya lebih banyak cuba mencungkil rahsia berkenaan dirinya. Bertanya itu, bertanya ini dan kemudiannya, sampailah saya kepada soalan yang membuat saya rungsing.




Sunday, 11 December 2011

ai blogger r nie satu lagi ari yg meleth kn...
huhuhu mule2 budget nk men kst roda dgn adq oya.......
setibanye disana tbe2..peraaan kecewa mule menebal didalam jiwa...
tmpt tu tgh renovation pulk... huhuhu
so ktowg decide pg mkn dl..
mcm2 ktowg mkn hehehehe
cube teka pe ktowg mkn...

.....


.....


.....


jeng...


jeng...


jeng....


sizzling yee mee



paparoti hehehehe


coklat blog nyum2 hehehehe...

mse dlm perjalanan blik ktowg terjumpe dgn satu group gurl..
ktowg dgn bahagianye mengumpat mereka...
smpai tmpt parking moto..
oya tngu dkt tmpt letak moto sy pg amik helmet dkt loker...
dlm perjalanan blik..
sy terjumpe lagi group tu ttbe...



alangkah terkejutnye ktowg rupe2nye group tu adlh kwn ktowg sendiri..
huhuhu..
kpd group tu...
hehehehe maafkan kami hehehehe


* moral dsini..
jangan nk mengumpat org sekeliling ketika di tempat owg rmai hehehehe wink...

Saturday, 10 December 2011

ai blogger..
ri nie lth sgt2 dh r kursus dri pg cmpai petang...
ujan pulak di tengah jalan..
cuaca macam tau je perasaanku ri nie...
YaAllah betul ke jalan yg ku pilih nie...
sesungguhnye ati ini syg kan dye..
syg sgt2..
YaAllah kau bahagiakanlah dye..
kau berkatilah hidupnye..
dan kau permudahkanlah jalannye untuk menemui masa depan nye...
dekatkanlah atienye kepadamu YaAllah...
walaupun ku tidak mampu untuk membahagiakan idupnye...
cukuplah bagiku sekadar berdiri dibelakangnya...
dan melihat dye bahagia..
dan itu sudah cukup membuatkan ku puas dgn kehidupan ini dan membahagiakan idupku..
sesungguhnya ku x mampu dan sukar bagiku untuk melihatnya dalam kedukaan..
kerna ku sygkan dye sgt....
Lirik Lagu Warkah - Hafiz, Aril, Akim, Maulana & Aznil

Terdetik diriku tersungkur
Kau juang menyambut gagahan tanganku
Akanku abadikan pengorbanan cintamu padaku
Sentiasaku berdoa memanjatkan syukur

Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu

Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh Tuhan damaikan hidup dan matinya

Oh terdetik tika kau terluka
Kau simpan tangisan di dalam hatimu
Maafkanlah semua kesilapan
Yang telah aku lakukan
Takkan ku persiakan segala harapan

Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu

Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh tuhan damaikan hidup dan matinya

Thursday, 8 December 2011



hey.. name sy nani..
ri nie ri first day nani gune blog nie..
nani x berape pandai sgt dlm blog2 nie.
huhu.klo salah harap tlg tunjuk kan..
nani de byk cite nk di citekan dan di kngsi dgn sume org..
huhuhuhu.. untuk ri nie nani xde pape nk dicitekan..
nani akan update blog nie dari semasa ke semasa huhu tp tu sume harapan dan impian je.. hehehehe blom tntu ag yeh..
tp nani berjanji nani akan berusaha untuk update blog nie..
tuk first gambar dalm blog nie nani nk perkenalkan sape diri nani huhu ..
t kite sembang lg yeh huhu muahx