Friday 15 June 2012



"Selemah lemah manusia adalah orang yang tidak mahu mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat meraka.."
(Saidina Ali)




Sahabat vs Rakan...
which one is better...setiap orang mempunyai sahabat-sahabat dan rakan-rakan sebagai peneman dikala sedih dan gembira, setiap orang juga ade pendapat masing-masing tentang perkara nie... tp bg nani rakan dimana-mana kite boleh mendapatkan rakan, tapi sahabat satu dalam seribu.. yang lebih bernasib baik mungkin mempunyai due atau lebih sahabat :)..

-Sahabat ketawa senang untuk dicari tetapi sahabat menangis amat susah untuk ditemui... Sahabat untuk keseronokan/ nafsu ramai tetapi sahabat untuk perjalanan menuju Allah amat jarang ditemui di masa ini... Maka carilah sahabat yang mampu berada di sisi/ menolong kita semasa susah atau senang dan yang selalu memperbetulkan diri kita dalam mencapai keredhaan Allah. Dan salah satu dari yang mendapat naungan Arasy Allah di masa tiada nya naungan selain naungan daripada Allah di Padang Masyar adalah 2 org yang bertemu dan berpisah kerana Allah...moga-moga kita didalam, terdiri daripada orang-orang tersebut, Amin.

Kata-kata di atas tu mengingatkan nani pada satu cerita yang berlaku pada salah seorang kenalan rapat nani….dia seorang yang baik dan naif, dari kecik lagi die selalu dipandang rendah dan diperkecilkan oleh rakan-rakannye, sehingga dye hilang keyakinan pada diri dye… dye berasal dari keluarga yang sederhana, demi untuk menarik perhatian rakan-rakannye dye cube menunjukkan kelebihan yang ada pada dirinya, walau bagaimanapun yang dipandang oleh raka-rakannya hanyalah harta yang dimiliki oleh keluarga kenalan nani..kenalan nani mempunyai sikap untuk sukar untuk menolak setiap permintaan rakan-rakannya, dye lebih rela dimarahi keluarga dye daripada dipandang hine oleh rakan-rakan dye, tapi dye sering diambil kesempatan oleh rakan-rakan dye diatas kebaikan dan kenaifan dye tu, setiap tegahan keluarga diendahkan demi menjaga hati rakan-rakanya tu, hingga satu hari kenalan nani ini ditimpa kesusahan di atas kesalahan  yang dilakukan bersama-sama rakan-rakannya sehingga memerlukan ganti rugi yang tinggi, walau bagaimanapun rakan-rakan dye yang sebelum ini bersama-sama dengan dye, meninggalkan dye seorang diri menyelesaikan masalah tersebut atas alasan “kau anak orang kaya, kau gunalah duit mak ayah kau”.. semua rakan-rakan yang dahulunya bermain dan bergembira dengan dye sebelum ini meninggalkan dye keseorangan.. kenalan nani cuba untuk menyelesaikan masalahnya tanpa meminta pertolongan dari keluarganya, alhamdulillah akhirnya  masalah tersebut dapat diselesaikan, dan kenalan saya berhijrah meninggalkan kampung halaman demi untuk mencari erti sebenar sebuah persahabatan dan mengejar cita-cita dan impiannya....

Nani bersyukur sebab nani ditemukan dengan rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang baik dengan nani.. dan mengambil berat antara satu sama lain, setiap orang ade kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri, walau pun kadang-kadang berlaku perselisihan faham tapi seeloknya kalo de sebarang persilisihan faham eloklah diselesaikan dengan sebaiknye, tidak perlu diluahkan di facebook, tweeter atau friendster ( heheheehhe sje tambah ckit) sebab sume tu bukan dapat menyelesaikan masalah tapi hanya menyemaikan benih-benih pergaduhan je ape gunenye kite buat sume tu, dpat ke selesaikan masalah yang dihadapi... :) tapi setiap perselisihan tu semua lumrah dalam sebuah persahabatan… Bak kata pepatah lagikan lidah tergigit inikan pula sahabat..(tukar cikit tapi maksud lebih kurang je hehehehe).. jadi belajarlah menyelesaikan masalah sebab setiap masalah de pengajarannya yang dapat mematangkan diri seseorang tu..




A friend is one who knows you and loves you just the same.(Elbert Hubbard)
A friend should be one in whose understanding and virtue we can equally confide, and whose opinion we can value at once for its justness and its sincerity.(Robert Hall)
A friend to all is a friend to none.(Aristotle)
A friendship can weather most things and thrive in thin soil; but it needs a little mulch of letters and phone calls and small, silly presents every so often – just to save it from drying out completely.(Pam Brown)
A friendship founded on business is better than a business founded on friendship. (John D. Rockefeller)
A hug is like a boomerang - you get it back right away (Bil Keane)

Ps: cerita di atas hanya sebagai peringatan kepada nani dan semua rakan-rakan agar lebih berhati-hati dalam memilih rakan atau sahabat dan tidak mempunyai unsur menjatuhkan sesiapa pun.. kalau de salah silap dalam entri nie.. harap dimaapkan hehehehe.. tak ade niat untuk membeza-bezakan sesiapa pun.. nani sayang sume rakan2 dan sahabt2 nani hehehe sbb nani faham bukan sume bleh tahan dan sabar ngan kerenah nani.. tapi pada rakan2 dan sahabat2 nani memang terbaik r sebb bleh bersabar dan bertahan melayan kerenah nani.. terima kasih semua..( ( ‘_’) peace yo!!!)


No comments:

Post a Comment